Ada orang berkata kepada saya;
"Everyone has a price bro"
Saya menjawab; "me too" lalu saya memberikan 'HARGA' saya kepada beliau;
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(At-Taubah 9:111)
Kita umpama kertas kosong. Nilai kertas kosong itu bergantung kepada apa yang dicetak di atasnya. Jikalau dicetak USD100, maka nilai USD100. Jikalau dicetak 100Rupee, maka nilai 100Rupee.
Nilai tidak berubah walaupun dipijak mahupun direnyuk. Manusia tetap akan berebut rebut mendapatkan wang tersebut KERANA NILAI yang ada pada kertas itu!
Subscribe Telegram Channel rasmi saya https://t.me/brofirdauswong